Trailer MAEL LAMBONG

 Mael Lambong adalah seorang penarik kereta profesional, seperti biasa menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Pertemuan secara kebetulan dengan Maria, wanita yang penuh misteri bakal merubah hidupnya. Apa yang terjadi seterusnya dalam hidup Mael Lambong? Adakah peristiwa & parut lama bakal berdarah kembali?

Saksikan dulu trailer filem ini serta kesudahan kisah si MAEL LAMBONG hanya di pawagam bermula 21 JUN 2012 ini!

FB Rasmi Mael Lambong:
www.facebook.com/KisahMAELLAMBONG.LamanRasmiFilem 

Filem JANGAN PANDANG-PANDANG hanya ditayangkan di pawagam!

Filem ke-enam terbitan Excellent Pictures, JANGAN PANDANG-PANDANG sedang rancak ditayangkan dipawagam bermula 29 MAC 2012.

Filem ini juga tidak akan ditayangkan di Astro First.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem komedi pengembaraan ini yang dibintangi oleh Zizan Razak, Sara Ali, Nas-T, Miera Leyana, Anith Aqilah & Taiyuddin Bakar di pawagam berhampiran anda!

 

Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Excellent Pictures dan TV3

Sri Pentas, Bandar Utama – 22 MAC 2012. Sejarah baru tercipta apabila sebentar tadi telah dilakukan satu perjanjian eksklusif antara Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang merangkumi hak penyiaran dan penerbitan filem selama dua tahun.

Justeru, TV3 mendapat mandat hak mutlak sebagai stesyen televisyen pertama yang bakal menayangkan filem-filem keluaran Excellent Pictures kepada semua penonton di Malaysia dalam tempoh 24 bulan berikutnya.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah disaksikan oleh Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Encik Azlan Shah Jaffril, selaku Pengarah dan Penerbit Excellent Pictures dan Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Encik Mohamad Ariff, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Media Prima Berhad.

[nggallery id=9]

Trailer Filem JANGAN PANDANG-PANDANG

Excellent Pictures dengan bangganya mempersembahkan sebuah filem komedi pengembaraan arahan Ahmad Idham, “JANGAN PANDANG-PANDANG”.

Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Sara Ali, Nas-T, Miera Leyana, Anith Aqilah & Azhar Sulaiman.

Filem yang berkisarkan kisah 5 sekawan yang mengembara ke sebuah gua tinggalan lama untuk mengkaji sejarah tempat tersebut sebagai tuntutan projek akhir kolej mereka. Pelbagai kejadian terpaksa dihadapi oleh mereka sepanjang berada di tempat tersebut.

Saksikan trailer filem ini:

Akan Mengembara di pawagam pada 29 MAC 2012 ini.

Pencalonan filem-filem Excellent Pictures dalam FFM 24

Filem terbitan Excellent Pictures iaitu filem SENJAKALA dan HANTU BONCENG telah berjaya tersenarai dalam pencalonan top 5 di dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke 24. Iaitu dalam kategori seperti;

Filem SENJAKALA,

1) Pengarah Terbaik               : AHMAD IDHAM,
2) Penyunting Terbaik           : AHMAD MUSTADHA,
3) Pelakon Lelaki Terbaik    : ZAHIRIL ADZIM,
4) Pelakon Wanita Terbaik  : LIYANA JASMAY.

Filem HANTU BONCENG,

1) Pelakon Harapan Lelaki                      : SALLEHUDDIN BAKAR (TAI),
2) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  : SALLEHUDDIN BAKAR.

TAHNIAH kepada semua yang tercalon.

Majlis kemuncak anugerah ini bakal berlangsung pada 20 November 2011 (Ahad) di PICC, Putrajaya.

Filem MAEL LAMBONG!

Seperti yang semua pihak sedia maklum, Excellent Pictures bakal menerbitkan sebuah lagi filem terbaru iaitu “MAEL LAMBONG”. Filem yang di arahkan oleh pengarah terkenal negara iaitu AHMAD IDHAM ini diterajui oleh ZIZAN RAZAK sebagai Mael Lambong serta bergandingan dengan pasangannya yang sebelum ini meletup dalam filem Hantu Bonceng iaitu JULIANA EVANS.

Filem yang berkisarkan kehidupan seorang penarik kereta yang bernama Mael Lambong ini telah pun menjalani penggambaran di sekitar ibu kota Kuala Lumpur serta di negeri Terengganu.

Untuk mengetahui perkembangan serta perjalanan terkini filem aksi komedi ini, anda bolehlah melayari laman rasmi Facebook (FB) Mael Lambong:
Laman Rasmi FB MAEL LAMBONG

Berikut adalah beberapa gambar sekitar penggambaran filem ini:

[nggallery id=8]

SEJARAH TERCIPTA! RM5 JUTA 5 HARI, TAYANGAN FILEM HANTU BONCENG

Filem ke 23 Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi, mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan dengan purata kutipan tiket adalah sebanyak RM 1 juta untuk setiap hari tayangan.

Perkiraan kutipan tiket bermula dari 31 Ogos sehingga 4 September 2011, di 80 pawagam, serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei. Dengan jumlah kutipan tiket sebanyak RM 5 juta ini, menjadikan lebih 500 000 (Lima ratus ribu) penonton telah menonton Hantu Bonceng di pawagam.

Excellent Pictures dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanahair. Ucapan terima kasih kepada pihak media yang menyebarluaskan maklumat berkaitan Hantu Bonceng, pelakon-pelakon yang sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam mempromosikan filem ini seterusnya kepada semua peminat dan penonton yang tidak putus memberi sokongan dengan menonton Hantu Bonceng di pawagam.

Tambah Ahmad Idham lagi, “Saya juga menyeru kepada semua pihak yang belum mahu pun yang sudah menonton Hantu Bonceng, untuk pergi ke pawagam, bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini, untuk menonton filem ini. Hantu Bonceng adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara.”

“Selain itu, sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima berterusan untuk memastikan ‘Hantu Bonceng’ mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan, dan kita akan dapat berbangga dengan produk filem sendiri,” tambah Ahmad Idham lagi.

Hantu Bonceng masih membonceng di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, dengan kebanyakkan pawagam dibanjiri penonton yang ingin mendapatkan tiket. Tempahan awal amat digalakkan, samada melalui pembelian kaunter mahupun dalam talian.

 

 

 

Tayangan Perdana Filem Hantu Bonceng

Tayangan Perdana Filem Hantu Bonceng telah berlangsung pada 23 Ogos 2011 lalu, bertempat di Pawagam Odeon Kuala Lumpur. Tayangan Perdana yang turut dihadiri oleh wakil media serta para peminat Zizan Raja Lawak. Sejurus selepas sesi tayangan filem tersebut, turut diadakan Majlis Berbuka Puasa untuk tetamu yang hadir.

Sekitar Majlis Tayangan Perdana Hantu Bonceng:

[nggallery id=6]